Tetamu Kehormat...

May 31, 2011

Kenyataan Harun Taib : Bulan Tidak Lagi Satu

Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib sangat bertepatan dengan jiwa saya, sudah tiba masanya seluruh ahli PAS menolak mana-mana calon yang bukan dalam kalangan ulama yang berhasrat merebut kerusi panas Timbalan Presiden PAS. Walaupun saya banyak tidak bersetuju dengan PAS, namun demikian dalam hal ini - pada hemat saya kepimpinan ulama PAS perlu dikekalkan - kerana saya percaya golongan Endogran dalam PAS lebih jahat dan lebih merbahaya daripada golongan ulama mereka sendiri. Sekurang-kurangnya golongan ulama dalam PAS masih ada rasa untuk mewujudkan perpaduan dengan UMNO atas nama tuntutan agama. Justeru itu - walauapa sekali pun yang akan berlaku, kepimpinan ulama perlu dikekal dalam PAS demi menghancurkan golongan Endogran yang lebih mirip menyokong dan membela Anwar Ibrahim. Takbir!!! Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR 30 Mei - Pucuk pimpinan Pas perlu diwakili oleh mereka yang mempunyai latar belakang pendidikan agama bagi menjamin kesinambungan kepimpinan ulama dalam parti itu. Sehubungan itu Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, adalah afdal bagi perwakilan memilih golongan ulama kerana mereka lebih memahami Islam yang menjadi asas perjuangan Pas.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, adalah tidak salah jika perwakilan memilih calon dari latar belakang profesional asalkan calon tersebut akur dengan dasar parti. "Walaupun tidak tersurat tetapi saya secara peribadi berharap tradisi ini dipertahankan kerana dasar Pas adalah Islam. Pas meletakkan Islam sebagai undang-undang tertinggi.

"Secara tersirat, lebih baik dasar Islam ini diteruskan golongan ulama kerana mereka mempunyai pemahaman mendalam mengenai Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Ditanya sejauh mana beliau bimbang dengan gerakan perubahan yang ditunjangi golongan tertentu dalam Pas, Harun berkata, suara perubahan itu sebenarnya tidak kuat.

Katanya, gerakan itu nampak seperti hebat kerana mendapat liputan daripada pelbagai media sedangkan perkara tersebut mungkin hanya melibatkan sebilangan kecil pemimpin Pas. "Kalau mereka mahu melakukan perubahan ke arah kebaikan parti, kita terima, tetapi kalau hendak mengubah dasar parti, saya tidak fikir perkara itu akan menjadi kenyataan," ujarnya.

Mengenai dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan bahawa wujud pengacau pada pemilihan Pas, Harun berkata, selaku orang lama dalam parti beliau tidak melihat perkara itu berlaku. Katanya, jika dakwaan Nasruddin itu benar, beliau yakin golongan tersebut tidak akan kekal lama dalam Pas kerana pasti akan disingkir oleh perwakilan. "Saya sebagai orang tua tidak begitu nampak golongan ini sebagai pengacau. Mungkin mereka ini cuba nak menonjolkan diri bagi menunjukkan kebolehan memimpin," katanya.

May 23, 2011

Apabila Nakhaie Bersuara

Saya bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Datuk Nakhaie Ahmad di bawah ini - tepat dan perlu diambil perhatian oleh kerajaan. KUALA LUMPUR, 22 Mei – Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam. Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Nakhaie Ahmad berkata, layanan kepada bukan Muslim seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam. “Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan Muslim, kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil. “Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi, penyertaan dalam politik, memegang jawatan, pembabitan dalam ketenteraan dan sebagainya, tetapi kita memberikan mereka segala-galanya,” kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, tawaran hak kepada bukan Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam. Nakhaie menekankan bahawa bukan Muslim yang melanggar kontrak sosial mesti dibuang negara. Justeru beliau meminta kerajaan mengambil pendekatan tegas untuk menjaga kepentingan Muslim negara ini. Sambung bacaan anda di sini...

May 22, 2011

Kenyataan Zaid Ibrahim : Mari Kita Lihat Lebih Luas

Saya bersetuju dengan pandangan Datuk Zaid Ibrahim di bawah ini. Bahkan sememangnya kita berharap agar pihak berkuasa mendedahkan segera siapakah pelaku di dalam video seks yang telah menjadi isu nasional ketika ini. Namun demikian, sekiranya terbukti bahawa Anwar Ibrahim merupakan lelaki di dalam klip video tersebut, soalnya sejauh mana para pengikutnya yang taasub akan sanggup kembali ke pangkal jalan? Atau pendedahan tersebut hanya menjadi sia-sia? Sesuatu harus dilakukan ke pada para pengikut taasub Anwar Ibrahim, yakni para pengikutnya yang masih berdegil dan keras kepala terdapat segala bukti yang terang lagi bersuluh. Denga kata lain, para pengikut tegarnya seperti orang kanan Anwar Ibrahim perlulah dihukum dan diadili sama, kerana terbukti selama ini merekalah yang menjadi penyokong kuat dan bersekongkol dengan manusia yang membawa sebesar-besar fitnah kepada agama, bangsa dan negara. Kerajaan wajib bertindak tegas ke atas mereka ini. Jangan biarkan mereka lari bertempiaran Wallahualam. Baca berita di bawah :

JERANTUT 22 Mei - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera menyahut cabaran pihak tertentu berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan dirinya. Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berkata, jika polis belum mendedahkan siapa pelakunya walaupun mendapat pengesahan ketulenan video tersebut dari luar negara, ketua pembangkang itu perlu tampil menyahut cabaran tersebut. “Namun dia (Anwar) masih menafikan segala pendedahan berkenaan serta menganggap itu perbuatan konspirasi untuk menjatuhkan maruah dan parti yang diketuainya. “Sekarang ini, video tersebut tersebar dan rakyat sudah tahu menyebabkan mereka sentiasa tertanya bila lagi pihak berkenaan mendedahkan pelakunya,” katanya kepada pemberita selepas majlis sesi pengenalan parti KITA, di Kampung Batu Balai, dekat sini semalam. - Utusan

May 21, 2011

Isu Berdosa Menyokong PAS : Ini Jawapan Saya!

Saya ditanya oleh seorang rakan, mengapa saya mendakwa bahawa menyokong PAS untuk menentang kerajaan UMNO/BN yang memimpin pada hari ini merupakan perbuatan dosa. Maka, saya menjawab secara spontan - "Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya menentang pemerintah Islam, sekali pun terdapat kezaliman dalam pentadbirannya. Selagi pemerintah Islam tersebut mengerjakan solat dan tidak menyuruh rakyat mensyirikkan Allah, maka adalah wajib bagi rakyatnya untuk taat dengan pemerintah Islam yang sedia ada, sekali pun mereka zalim. Perbuatan para pemimpin PAS yang menghina, mengaib, mencari-cari dosa pemerintah dan memburuk-burukkan kerajaan Islam UMNO/BN adalah perbuatan zalim dan akan diadili oleh Allah kelak. Ini bukan cara dan kaedah Islam. Lantaran itu, saya pertahankan kenyataan saya tersebut dengan hujah-hujah saya di bawah ini. Semoga Allah membukakan hati kita kepada kebenaran.

1. Kebanyakan daripada pejuang-pejuang Islam atau para pemimpin parti politik Islam yang bergerak cergas dalam sesebuah negara yang diperintah oleh umat Islam sangat tidak suka untuk membicarakan hadis ini, iaitu hadis yang berbunyi, Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

2. Seringkali apabila golongan pejuang-pejuang Islam ini membincangkan hadis di atas akan mengemukan hujah-hujah yang dangkal serta jauh terpesong daripada kebenaran bagi menghalalkan perbuatan mereka yang menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintahan umat Islam yang sedia ada – kononnya atas nama menegakkan perjuangan Islam tulen menurut tafsiran mereka. Dakwaan golongan ini lagi – pemerintahan Islam yang sedia ada, masih belum benar-benar Islam dan cara terbaik adalah menjatuhkan pemerintahan Islam itu, walau dengan apa-apa cara sekali pun! Kenyataan ini adalah kenyataan yang tersasar daripada roh Islam dan tuntutan sunnah Rasulullah.

3. Di Malaysia sebagai contoh, kerajaan UMNO/BN yang dituduh zalim oleh Parti Pembangkang merupakan sebesar-besar fitnah – dan tidak pernah dalam sejarah kerajaan pimpinan UMNO/BN memukul belakang serta merampas harta benda rakyatnya. Hatta sekali pun kerajaan UMNO/BN merampas harta dan memukul belakang rakyatnya – Islam tetap menyuruh agar rakyatnya taat terhadap pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh ulama-ulama salaf dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim pada setiap zaman. Apakah pernah kita mendengar Imam Ahmad bin Hambal yang diseksa di penjara mengerahkan para pengikutnya agar melakukan pemberontakan menentang kerajaan al-Makmun yang mendakwa bahawa al-Quran itu makhluk? Walaupun secara terang-terangan al-Makmun telah melakukan kezaliman terhadap agamanya sendiri.

4. Perlu diingat, Imam Ahmad diseksa dan dipenjara dalam tiga zaman kekhalifahan, iaitu semasa Khalifah al-Makmun, al-Mu’tashim dan al-Watsiq – seksa yang diterima oleh Imam Ahmad jauh lebih berat daripada apa-apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim dan PAS pada hari ini. Namun demikian ternyata, Imam Ahmad tetap berpegang teguh dengan sabda nabi di atas.

5. Pernah terjadi ketika Khalifah al-Wathiq menyatakan bahawa al-Quran itu baharu (makhluk) dan Allah tidak dapat dilihat di akhirat, maka datanglah sekumpulan ulama fiqh dari Baghdad kepada Imam Ahmad untuk mengajaknya menentang al-Wathiq. Mereka berkata, “Sesungguhnya perkara ini telah tersebar dan telah menjadi besar”. Lalu Imam Ahmad bertanya, “Apa yang kamu mahu?”, Jawab mereka, “Kami tidak lagi menerima kepimpinan dan penguasaanya.” Maka Imam Ahmad berbahas dengan mereka dengan berkata, “Jangan kamu keluar daripada ketaatan, jangan kamu pecah belahkan urusan orang Islam, jangan kamu tumpahkan darah kamu dan darah orang Islam lain bersama kamu. Perhatikan pada akibat perbuatan kamu dan bersabarlah sehingga perkara ini selesai. Ini (menderhaka) adalah bersalahan dengan athar yang memerintahkan kita supaya bersabar menghadapinya, Rasulullah s.a.w bersabda…(seperti mana hadis di atas).”

6. Begitu juga dengan riwayat hidup Imam Abu Hanifah, beliau ditangkap dan diseksa kerana menolak jawatan Pengetua Sekretari Gabenor yang ditawarkan oleh Yazid bin Hurairah al-Fazzari yang merupakan gabenor Iraq pada ketika itu. Imam Abu Hanifah dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu. Lima belas hari kemudian beliau dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari kemudian, gabenor menawarkan menjadi kadi, Imam Abu Hanifah tetap menolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan.

7. Namun demikian, Imam Abu Hanifah tetap dengan pendiriannya. Sampai beliau dibebaskan setelah cukup 110 kali cambukan. Akibat daripada pukulan itu, muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja dilakukan bagi menghina Imam Hanafi.

8. Soalnya – apakah ada kita mendengar Imam Abu Hanifah mengerah para pengikutnya agar melakukan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan Gabenor Yazid? Seksaan yang dialami oleh Imam Abu Hanifah di atas jauh lebih berat daripada apa-apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz – dan adakah kita mendengar Imam Abu Hanifah menghasut para pengikutnya agar memberontak, mencerca, menghina dan memburukkan pemerintahan Yazid pada ketika itu? Jawapannnya – tiada.

9. Apakah ada kita mendengar sejarah hidup Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Ghazali, Imam Ibn Taimiyyah, Imam Malik dan Imam Syafie menyeru para pengikutnya agar mencerca, menjatuhkan dan mengaibkan pemerintah Islam pada zaman mereka? Walaupun semua orang tahu, pada zaman para imam tersebut tidak kurangnya kezaliman yang dilakukan oleh para pemerintah terhadap ulama dan rakyat jelata – bahkan tidak terperi lagi penyelewengan akidah yang berlaku pada zaman mereka, termasuklah pengaruh fahaman Muktazilah yang mewarnai pentadbiran kekhalifahan pada saat itu. Tetapi, kita tidak pernah mendengar walaupun pun sedikit bukti yang menunjukkan para imam di atas menyeru kepada rakyat dan para pengikutnya, agar melakukan pemberontakan, demostrasi, memburukkan pentadbiran khalifah, mengkafirkan khalifah/pemimpin Islam, mengapi-apikan rakyat agar membenci khalifah dan menjatuhkan kepimpinan Islam – sekali pun mereka dizalimi oleh pemerintah! Inilah sebenarnya jalan yang ditempuh oleh para ulama muktabar dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim.

10. Dalam sebuah hadis, Wail bin Hujrin r.a meriwayatkan, katanya : Salamah bin Yazid al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah SAW ; Wahai nabi Allah, bagaimana pendapat anda, jika para penguasa bangun meminta hak mereka atas kami dan mereka menahan hak kami? Apakah yang anda hendak perintahkan? Rasulullah bersabda : Dengar dan taatlah, mereka hanyalah akan menanggung apa yang dipikul ke atas mereka dan kamu akan menanggung apa yang dibebankan ke atas kamu. (Hadis Shahih Riwayat Muslim) Jelaslah, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam berhadapan dengan pemerintah yang didakwa berlaku zalim. Bahkan, Islam mewajibkan rakyat agar taat kepada pemerintah, sekali pun mereka zalim, bagi menghindari mudharat yang lebih besar.

11. Namun demikian, ketaatan tersebut ada batasnya. Sekiranya pemerintah menyuruh rakyatnya melakukan maksiat atau menentang Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan dalam soal itu. Hal ini sudah dijelaskan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan berkata; "Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau pun yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya, Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan sesuatu daerah melalui penguasa walau pun jahat. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat Asy-Syu'ab).

12. Ulama-ulama salaf sangat tegas dalam soal ketaatan kepada pemerintah, sekali pun pemerintah itu seorang yang zalim. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa melepaskan ketaatan daripada pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa punya hujah (alasan) (Riwayat Muslim. Kitabul Imarah Syarah Nawawi), dan sabda Baginda lagi, “Tiap-tiap orang yang berkhianat akan diberi bendera pada hari kiamat, lalu dikatakan padanya bahawa inilah pengkhianat si Fulan (terhadap pemimpin) (Riwayat Muslim dan Turmizi). Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar r.h, " Dalam hadith ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan di larang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya. (Lihat Fathul Bari Jilid 13 halaman 68).

13. Bahkan dalam hal ini Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah pernah berkata, “Orang fasiq sekiranya mereka memerintah supaya mentaati Allah, maka tidaklah haram mentaati mereka dan kewajipan itu tidak gugur disebabkan oleh perintah itu datangnya daripada orang fasiq. Begitu juga halnya sekiranya orang fasiq itu bercakap benar, maka tidak harus beliau didustai. Kewajipan mengikuti kebenaran tidaklah gugur kerana sesuatu perkara itu diperkatakan oleh orang fasiq”

14. Malah, hujah al-Hafiz Ibnu Hajar di atas dikukuhkan lagi dengan kenyataan Ibnu Abi Hatim r.h yang berbunyi , "Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahwa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya, bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita , bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab, Jangan! Biarkan mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi ! Al-Jamaah,al-jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar Firman Allah: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada Tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai. ( Lihat tafsir Ibnu Hatim 2/455).

15. Dalam sebuah hadis lain, Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya dari penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiannya adalah kematian jahiliah. (Hadis Shahih Riwayat Bukhari) Hadis Ibnu Abbas di atas dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, “Dengarlah dan taatilah penguasa pada waktu susah dan senang, pada waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu dan memukul punggungmu, kecuali apabila memerintah untuk berbuat maksiat. (Hadis Shahih Riwayat Ibnu Hibban).

16. Manakala, ‘Auf bin Malik al-Asyja’ij meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para imam kamu yang terpilih ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan para imam yang jahat ialah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya : Ya Rasulullah, boleh kami melawan mereka dengan pedang? Baginda bersabda, Tidak, selama mereka mendirikan solat pada kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalanya dan janganlah kamu menarik tangan kamu daripada ketaatan”. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

17. Ummu Salamah r.a pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci, maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redha dan mengikutnya? Mereka berkata, Boleh kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat”. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

18. Selain itu, Abdullah bin Mas’ud r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar. Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab baginda, Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah. (Hadis Shahih Bukhari dan Muslim).

19. Berkata Imam Nawawi r.a dalam mensyarahkan hadis ini, “Dalam hadis ini terdapat dorongan untuk dengar dan taat sekali pun pemerintah adalah zalim. Maka sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudharatan pemimpin, menolak kejahatan dan berusaha untuk membaikinya. (Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim). Bahkan, Abu Darda pernah berkata,"Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang adalah ketika dia mencela pemimpinnya" (Lihat, At-Tamhid Ibnu Abdil Barr).

20. Inilah sebenar kaedah Islam ketika berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim. Soalnya bolehkah kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh UMNO/BN dilabelkan sebagai kerajaan zalim? Berapa banyak harta rakyatnya dirampas? Berapa banyak kebebasan beragama dalam kalangan rakyatnya dihalang? Apakah UMNO/BN menyuruh agar rakyatnya mensyrikkan Allah? Malah, pernahkah kita bertanya, berapa banyak pula jasa dan kebaikan yang selama ini diberikan oleh kerajaan UMNO/BN kepada rakyat jelata? Bahkan selama lebih daripada 50 tahun Malaysia ditadbir di bawah kerajaan BN/UMNO pernahkah kita mendengar rakyatnya mati kebulur? Atau, kebanyakkan rakyat Malaysia mati, disebabkan terlalu banyak makan?

21. Hakikatnya, umat Islam di Malaysia tidak tahu bersyukur – sudah terlalu banyak kemudahan, kesenangan dan keperluan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah dipenuhi sepanjangan pemerintahan kerajaan UMNO/BN, tetapi kita tidak pernah berasa puas! Realitinya, kita masih terus mencari kelemahan, keaiban dan kekurangan kerajaan untuk dimaki, dicaci dan dikutuk, seolah-olah kerajaan yang terdapat pada hari ini, langsung tidak mempunyai walau sedikit pun kebaikan.

22. Berkata Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz, Mufti Kerajaan Arab Saudi, “Bukanlah dasar ulama salaf mengisytiharkan keaiban golongan pemerintah, menghebahkannya di atas pentas-pentas dan mimbar-mimbar kerana ia boleh membawa kepada kucar-kacir, tidak mendengar dan taat pada melakukan yang makruf serta membawa kepada kemudaratan dan tidak manfaat sama sekali.” Sangat terang dan jelas bahawa Islam tidak mengajar umatnya agar menghina dan mencaci-maki pihak pemerintah, hatta sekali pun pemerintah tersebut diketegorikan sebagai zalim. Malah, menuduhkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN sebagai zalim merupakan sejelek-jelek perkataan dan sebesar-besar fitnah yang dilakukan atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi! Maka adalah jelas berdosa besar sekirannya kita menghina dan mencari-cari keaiban pihak kerajaan. Wallahualam. Tulisan ini juga boleh diperoleh di dalam buku saya berjudul, "Apabila Hari Ini Adalah Masa Hadapan".

May 20, 2011

Pedas Juga Sindiran Dr Puad Zarkashi

Kadangkala pedas juga kata-kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi ini, sekali beliau menyindir - terasa panas juga telinga mendengarnya. Cuba baca komen beliau ini : KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.

"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya. Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.

MerdekaReview Nazak! Tanda Awal Kehancuran Portal Pro-Pembangkang

Portal Pro-Pembangkang - MedekaReview.com sudah semakin nazak dan dikatakan bakal menutup operasinya menjelang hujung bulan ini. Portal yang sering mengeluarkan kritikan pedas terhadap kerajaan itu sudah mula melancarkan kempen selamatkan "MerdekaReview" dengan mengharapkan belas ihsan daripada orang ramai. Difahamkan untuk meneruskan operasi portal tersebut, pihak pentadbiran MerdekaReview memerlukan sekurang-kurangnya RM60 000 sebulan. Dan kini, semakin ramai penyumbang dana portal tersebut yang menarik diri daripada menyalurkan sumber kewangan. Apakah ini tanda-tanda awal bagi kehancuran portal-portal pro pembangkang yang selama ini sangat galak memfitnah kerajaan UMNO/BN? Bila agaknya portal MalaysiaKini, HarakahDaily dan MalaysiaInsider pula gulung tikar akibat daripada tangan-tangan jahat para wartawannya? Rakyat sebenarnya sudah muak dengan berita-berita yang tidak habis-habis menyalahkan UMNO! UMNO! dan UMNO! Kepada Allah juga kita bermunajat! Baca laporan ini...

Semua Kawan Anwar Ibrahim Tidak Boleh Pakai!

Nampaknya semua kawan Anwar Ibrahim tidak boleh pakai! Semuanya mempunyai masalah moral yang menjijikkan. Mengikut Islam kalau kita mahu mengetahui keperibadian seseorang, maka lihatlah teman rapatnya. Kalau teman rapatnya seorang itu kaki judi atau kaki perempuan, maka, secara tidak langsung kita boleh menilai keperibadiannya. Begitu juga dengan PAS, oleh kerana kawan rapatnya DAP dan Anwar Ibrahim, maka tidak menghairankanlah sekiranya sikap dan tindak-tanduk para pemimpinnya tidak lagi mencerminkan sahsiah dan akhlak seorang muslim yang baik. Abu Hurairah meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah yang bermaksud, “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Jadi, fikir-fikirkanlah. Baca berita ini...

May 19, 2011

"Anwar Ikutlah Jejak Saya" - Dominique Strauss-Kahn

Inilah cara orang yang bermaruah - demi menjaga nama baik IMF, Dominique Strauss-Kahn yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan serangan seksual meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Walaupun masih belum dibuktikan kesalahan yang dilakukannya, namun demi menjaga maruah organisasi, beliau sanggup meletakkan jawatan yang sangat berpengaruh itu. Lain pula ceritanya dengan seorang pemimpin pembangkang di Malaysia. Meskipun sudah disabitkan dengan kesalahan liwat dan terlibat dengan video seks, pemimpin tersebut masih enggan berundur dari dunia politik - malah cuba "mengkambinghitamkan" orang lain, demi menutup aib dan dosa sendiri.

Sekiranya manusia yang tidak beriman seperti Dominique itu masih ada perasaan malu dan mahu menjaga nama baik organisasi, apatah lagi kalau seseorang pemimpin itu beriman kepada Allah, dia harus berasa malu bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan kepada Allah, Tuhan sekalian alam, setelah terbukti pemimpin tersebut terlibat dengan salah laku seks yang sangat menjijikkan. Dominique menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dikenakan terhadapnya, tetapi beliau tetap meletakkan jawatan hebatnya itu. Inilah cara orang yang ada harga diri dan bukan terus menerus membohongi rakyat, kononnya konspirasi, konspirasi dan konspirasi! Baca laporan di bawah :

SINGAPURA, 19 Mei — Dominique Strauss-Kahn yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan serangan seksual meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). “Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dikenakan ke atas saya,” kata Strauss-Kahn dalam kenyataan meletakkan jawatan itu, bertarikh 18 Mei, yang dikeluarkan IMF hari ini. — Reuters

Sekitar Chat Bersama Anwar Ibrahim di Yahoo! Terbukti Hudud Bukan Agendanya!

Anwar Ibrahim telah diberi peluang untuk bersama-sama dengan warga Yahoo selama satu jam bermula jam 11.15 pagi tadi. Di bawah ini saya kutip daripada blog Warta Shubhi berkenaan beberapa dialog menarik Anwar semasa sessi chat dengan warga Yahoo. Yang menariknya adalah berkenaan hukum Hudud - ternyata Anwar Ibrahim masih berdolak-dalik dalam pendiriannya dengan memberikan jawapan bahawa Islam lebih mengutamakan isu-isu keselamatan, kebebasan dan keadilan - bukankah dengan melaksanakan hukum Hudud itu maka tertegaknya keadilan yang sangat diperjuangkan oleh PAS dan PKR selama ini? Soalnya sekarang bilakah Anwar Ibrahim akan melaksanakan hukum Hudud sekiranya PR benar-benar berjaya mentadbir Malaysia? Sudah semestinya Anwar harus meletakkan "jangka masa" - sama ada setahun, dua tahun atau tiga tahun, bagi melaksanakan Hudud di Malaysia sekiranya beliau mempunyai cita-cita ke arah itu. Namun demikian, Anwar Ibrahim tetap berdolak-dalik dalam isu ini! Baca chat bersama Anwar Ibrahim di bawah :

Kemungkinan dipenjarakan?

Anwar Ibrahim: No reason to for me to be jailed based on facts and law. For now, reformasi!

Kenapa Anwar bahaya?

Anwar Ibrahim: Unfortunate for UMNO leaders to resort to dirty politics and pornography. I'm deemed to be dangerous because of my commitment to reform and combat corruption and cronyism.

Comment From David : Give me one good reason why should I vote for you in the next election?

Anwar Ibrahim: For freedom and justice. Enough of racism and corruption.

Betulkah PR makin lemah?

Anwar Ibrahim: mainstream media propaganda. The reality on the ground is still promising. Example: Sarawak elections.

Ramai orang-orang lama PKR dah cabut, komen?

Anwar Ibrahim: Beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu.

kembali kpd Umno jika ditawar jadi PM?

Anwar Ibrahim: Saya tetap bersama golongan Mustadh'afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah.

komen tentang PERKASA

Anwar Ibrahim: Insult to the intelligence of Malaysians with their racist tirade. It's also an UMNO ploy to create mischief and racial tension.

Perlaksanaan Hudud?

Anwar Ibrahim: We must understand what is the higher objectives of the Syariah (maqasid syariah). Our priority is security, freedom and justice for all Malaysians.

Comment From Dr MiM : DSAI, what is the rational of avoiding a simple 'show your omega watch' to the press and public? Logically, this simple move will ease your moral issues?

Anwar Ibrahim: What is the issue? First, Eskay claimed that it was given by a Saudi prince. Then, it was bought in taiwan in 2004 (when I was in jail). Why is there the need for me to explain?

Comment From wasif : Buku apa-tulisan siapa yg paling bnyak mmpengaruhi pemikiran DSAI?:)

Anwar Ibrahim: Al-Quran, kitab hadith, karya-karya besar termasuk Shakespeare, Tagore, Iqbal.

Comment From ily : Sdr memang menjadi sasaran serangan. Mengapa sdr tidak berhati-hati alam memilih pegawai saudara atau sahabat sejak serangan liwat kali pertama

Anwar Ibrahim: Saya tidak mudah menghukum orang. Saya lebih bersifat memaaf dan tidak mencurigai. Jika Saiful yang dimaksudkan, beliau telah dipilih oleh staf lain dan hanya pekerja sementara.

Comment From om: in your opinion, who is the man in the video. pls answer honestly.

Anwar Ibrahim: I have some suspects; big stomach and saggy breasts. ha ha

Komen tentang Mahathir

Anwar Ibrahim: Dr. M kuat disiplin dan kerja. Sosok keras dan tidak sedia menerima kritikan.

Comment From Nik Abdul : Datuk Seri: How is your opinion when expert form South Korea & US confirm that individual from sex tape seems like your face? Do you think that is conspiracy too?

Anwar Ibrahim: Typical example how smart guys like you can be duped by UMNO media. Which expert? Why can't they be transparent?

Comment From PK : Adakah betul dakwaan yang mengatakan Dato seri bersetuju dengan fahaman pluralisme dan bersetuju dengan tindakan Lina joy untuk keluar Islam ats nama kebebasan beragama??

Anwar Ibrahim: Percubaan juak UMNO untuk memfitnah termasuk menteri agama. Syeikh Yusuf Qardawi sedia jadi saksi seandainya saya didakwa dalam isu ini. Kita tidak menggalakkan atau meremehkan soal aqidah tetapi kita juga tidak boleh memaksa.

Sumber : Warta Shubhi.

Pengaruh Ulama Selebriti PAS - Nik Aziz Nik Mat Merudum!

Ini merupakan perkembangan yang sangat baik iaitu pengaruh Ulama Selebriti tersohor negara Nik Aziz Nik Mat semakin menjunam jatuh daripada pandangan rakyat. Baca laporan Berita Harian ini. KOTA BHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.

Bagaimanapun, kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006, manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada sembilan peratus. Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.

Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.

Beliau yang juga pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang, berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan integriti hasil kajian.

"Kajian ini tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan. Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.
Kajian juga mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30 hingga 50 tahun.

Beliau menegaskan hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetap akan memilih PAS walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.

“Bagaimanapun, kali ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,” katanya. Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP. Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegakkan Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.

"Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.

“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya. Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.

SOCMAT ditubuhkan sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.

Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

FAKTA
Keputusan Kaji Selidik Social Matrix Research

Datuk Nik Aziz Nik Mat – 48.3 peratus
Datuk Seri Mustapa Mohamed – 31.4 peratus
Datuk Awang Adek – 9 peratus
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah – 1.8 peratus
Datuk Husam Musa – 1.6 peratus
Datuk Mohd Alwi Che Ahmad – 1.3 peratus
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh – 1.1 peratus

May 18, 2011

Isu PAS Kena Bantai : Wooo Pedas Berapi Siut!

1. Saya sungguh terpesona dengan hujahan daripada Ramziredang yang menulis di portal Detikdaily. Tulisannya tepat, pedas dan sangat menyedarkan kita semua. Baca artikel beliau di bawah ini : JIKA PAS BENAR-BENAR membawa perjuangan Islam yang sebenar, kenapa anak orang PAS ramai yang merempit, hisap dadah atau berbagai gejala sosial sedangkan ibu bapa mereka berjuang di dalam parti Islam? Adakah jawapan mudah, "anak nabi Nuh pun ingkar"?

2. Jika benar pemimpin PAS menghayati Islam, kenapa di dalam pejabat pemimpin besar PAS ada juga perempuan bertudung yang berbaju lengan pendek menghidangkan air kepada tetamu? Apakah perkara aurat ini terlalu remeh kerana ada 'mudharat' yang lebih besar perlu diperjuangkan?(saksikan video aziz bertemu dr azizan)

3. Muktamar PAS adalah jalan 'terbuka' untuk memilih pemimpin. PAS adalah parti Islam. Maka sudah pasti ianya perlu dijalankan secara Islam. Islam itu adil. Jadi pilihlah dengan adil. Para penganjur, pemantau dan pemimpin yang menggalaskan tanggungjawab terhadap 'adilnya' pemilihan perlulah ingat, berada di dalam parti Islam, tidak sekali kali membenarkan kamu menggunakan taktik kafir.

4. Jangan ada unsur dan taktik kafir di dalam Islam. Penipuan atau penyelewengan adalah taktik kafir atau kuffar. Janganlah beralasan berbuat 'sesuatu' tersebut atas dasar mencegah 'mudharat' yang lebih besar . Jangan kamu lupa, sama ada kamu berada di dalam parti Islam atau tidak, tiap saat perbuatan kamu tetap dihitung oleh yang Menguasai Sekalian Kerajaan Langit dan Bumi. Ada juga setengah pemimpin beralasan walaupun buruk, tetapi PAS adalah lebih baik dari UMNO yang tidak mahu kepada Islam. Bagi aku itu bukan alasan. Itu adalah penyelewengan di dalam Islam.

5. Kita tidak mahu,malah tidak memandang langsung kepada UMNO, kerana UMNO jelas menentang Allah dan Rasul. Kita berbincang pasal PAS. Kerana PAS adalah parti Islam. Maka bila disebut parti Islam, tidak semestinya kebaikan semalam membolehkan kita melakukan keburukan pada hari ini. Kita ingin cuba dan berusaha menjadikan imej Islam yang dibawa ini lebih baik dari semalam. Bila ingin menjadikannya lebih baik dari semalam, maka ianya haruslah bermula dari semua segi.

6. Lantaran itu dalam suasana menjelang muktamar, maka bersamalah bermuhasabah. Jika setengah golongan mengesyaki sesuatu, maka perjelaskanlah. Hilangkanlah segala keraguan mereka. Jangan lagi timbul tandatanya. Pepatah melayu ada berkata 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang". Betul atau salah maka buktikanlah dengan amal. Buangkanlah unsur unsur kafir di dalam parti Islam. Kembalikanlah kepada kesucian Islam. Jika kamu ada kepentingan diri, buangkanlah kepentingan diri kamu. Jika kamu ada puak, buangkanlah rasa berpuak kamu. Jangan wujudkan assabiyah di dalam parti Islam.

7. Jika PAS ingin menuntun umat ke jalan syurga, maka tuntunlah dari segenap segi. Bukan sekadar jubah dan hujah. Jangan ada di antara kita yang saban hari berceramah tentang kelebihan menuju syurga, tetapi diri sendiri menempah jalan ke neraka. Jika jawatan pemimpin itu adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan kamu, maka tentunya kamu sendiri lebih jelas tentang sesuatu yang bakal menimpa kamu.

Bila Pencaci dan Pengumpat Mahathir Akan Minta Maaft?

Tun Mahathir dimasukkan ke IJN pagi tadi - dikatakan akan berada selama seminggu di sana (baca di sini). Semua lapisan masyarakat yang hidup di bawah kepimpinannya masih tetap menyayangi dan mengasihinya sebagai seorang pemimpin ulung dan banyak berjasa kepada negara. Soalnya - sudahkah puak-puak pencaci dan pengutuk Tun Mahathir - khususnya para pemimpin PAS memohon maaf atas segala umpatan, cacian dan kejian yang selama ini tidak pernah putus-putus dilemparkan kepada Tun Mahathir? Lupakah mereka dengan gelaran-gelaran munafik yang diberikan kepada Tun Mahathir selama ini? Apakah mereka tidak sedikit pun rasa berdosa menggelarkan Tun Mahathir sebagai Mahafiraun dan Kepala Taik di dalam Novel "Shit" karya Shahnon Ahmad?

Sudahkah puak-puak pencaci dan penghina Tun Mahathir ini menjilat kaki beliau bagi mendapat keampunan atas segala tuduhan dan cacian yang dilemparkan selama ini? Tun Mahathir mungkin sangat beruntung, beliau mungkin memasuki syurga Allah dengan mudah akibat daripada pahala ahli-ahli PAS yang bersedekah, bersolat, berzikir, bertahajjut, dan beramal soleh - namun tidak henti-henti memfitnah dan mengumpat beliau. Orang PAS selalu mendabik dada kononnya mereka sahaja yang betul dan benar - tetapi mereka lupa dosa mereka terhadap ahli-ahli UMNO yang dikafirkan, yang dimunafikkan dan yang difasiqkan tetap akan dihitung dan diadili di hadapan Allah kelak. Nasihat saya, kepada mana-mana blogger PAS dan Pakatan Rakyat, cepat-cepatlah memohon ampun dan maaf atas segala penghinaan, umpatan dan kutukan mereka terhadap Tun Mahathir selama ini. Selagi beliau masih hidup - InsyaAllah beliau akan mengampunkan dosa tuan-tuan. Sama-sama kita berdoa, agar Allah panjangkan usia Negarawan kita - Amin.

May 15, 2011

Buku Jin Pandi Kutty Rakyat (PKR) Bunuh Ekonomi Melayu

1. Agak menarik tulisan Abdul Rozaid Rahman di dalam portal Malaysia Instinct. Elok rasanya kita berkongsi maklumat dengan rencana tersebut. UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA. Sedap betul bunyi slogan kosong di dalam Buku Jingga yang telah diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada konvensyen parti syaitan itu tahun lepas. Tetapi macam biasa, tong kosong yang tiada isi memangnya berbunyi kuat, tapi habuk pun tarak. Aku nak tanya, apa yang korang dah laksanakan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan? Cakap memang senang sebab lidah tak bertulang, bila nak buat tu, bukannya semudah yang dicakapkan. 10 janji pihak pembangkang yang diutarakan di dalam Buku Jingga itu tak ubah seperti satu lagi penipuan yang bakal dilakukan di dalam hitam putih seperti juga janji PKR dan PAS untuk Selangor dalam PRU yang lepas.

2. Dr. Chandra Muzaffar, penganalisis politik dan ahli akademik berkata, sekiranya perkara yang dijanjikan itu dilakukan, ianya hanya akan memusnahkan keamanan negara ini. Semua pelan itu dikatakan akan dilaksanakan dalam 100 hari. Chandra berkata dari mana Parti Keadilan Rakyat (PKR) ingin dapatkan kewangan untuk melaksanakan semua itu? Ini kerana PKR memerlukan lebih kurang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM200 billion setahun jika ingin melaksanakan pelan Buku Jingga itu.

3. Persoalan yang dikemukakan oleh Chandra ialah adakah mereka mahu meminjam daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)? IMF adalah satu alat Yahudi untuk menjajah sesebuah negara secara tidak langsung. Jika kita terjerat dengan mereka, tentu kita akan terhutang dengan mereka ke tahap terpaksa menjadi lembu dicucuk hidung dan mengikut apa saja kata Yahudi.

4. Kita tidak perlu nak terkejut kalau itulah yang dilakukan kerana Anwar Ibrahim pernah nak jual negara kepada IMF juga sewaktu kegawatan ekonomi dalam tahun 1997/1998 dulu. Kalaulah Anwar Ibrahim berjaya menjalankan agenda Yahudi ketika itu yang telah dipatahkan konspirasinya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tentu Malaysia sekarang menjadi negara hamba abdi Yahudi sekarang ini.

5. Profesor Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) pula berpendapat Buku Jingga itu hanyalah alat PKR untuk meraih undi. Anwar Ibrahim memang manusia paling bijak dalam hal ehwal ekonomi sehinggakan sewaktu dia menjadi Menteri Kewangan dia telah naikkan bunga pinjaman sehingga ramai ahli perniagaan bangkrap dan ramai juga yang bukan Islam yang bunuh diri.

Saat Kehancuran Dilahirkan

Kali ini kita tidak ada pilihan, melainkan menyokong penuh kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang mahu pihak berkuasa mengheret pelaku di dalam video seks tersebut ke muka pengadilan (baca di sini). Pelaku seks tersebut mesti dihukum dengan seberat-berat hukuman, agar memberi pengajaran kepada orang lain. Perlu juga diberi perhatian, kepada mana-mana pihak yang terlibat menyokong dan mempertahankan si pelaku seks tersebut juga mesti dihukum - atas alasan bersekongkol dengan maksiat.

Sesungguhnya kebenaran sudah teramat hampir dengan kita, InsyaAllah Allah tidak akan mensia-siakan doa serta harapan kita semua yang mahu melihat isu yang membelit Anwar Ibrahim selama ini diselesaikan dengan segera. Keikhlasan kita semua adalah kekuatan politik orang Melayu dalam memastikan pengkhianat umat dilenyapkan terus daripada muka bumi ini. Tugas kita masih jauh - demi mengembalikan kestabilan politik Malaysia, semua musuh yang bersekongkol dengan pelaku seks tersebut haruslah dihukum dengan seberat-beratnya. Wallahualam.

Tolak Mat Sabu Demi Kepimpinan Ulama!

Walauapa pun alasannya - saya secara peribadi menyokong penuh Nasharudin Mat Isa dinobatkan sekali lagi sebagai Timbalan Presiden PAS. Selain kelebihan beliau yang berpendidikan agama - ternyata selama ini Nasharudin lebih gemar bertindak secara rasional dan berpaksikan kepada tuntutan Islam. Hal ini sangat jauh berbeza dengan keperibadian Mohamad Sabu yang penuh dengan kontroversi, malah beliau juga bukanlah seorang yang mahir dalam hukum Islam. Kenyataan terbaru Nasharudin (baca di sini) merupakan satu pandangan yang sangat rasional dan berpijak di bumi yang nyata. Tidak perlu rasanya teori konspirasi yang dimomokkan oleh Anwar selama ini, dijadikan sandaran bagi menafikan segala-galanya. Nasharudin nampaknya semakin berani keluar daripada kepompong kejumudan yang tidak habis-habis mendewakan Anwar Ibrahim dan menyalahkan UMNO dan BN semata-mata.

Zaman untuk menunduh semua orang lain bersalah sudah berakhir. Dan zaman hanya Anwar Ibrahim sahaja yang betul juga sudah sampai ke penghujung. Hari ini adalah zaman yang mana semua orang sudah menggunakan otak untuk berfikir dan bukan menggunakan kepala lutut, seperti mana yang berlaku pada awal zaman Reformasi Anwar Ibrahim. Tuduhan kononnya segala yang menimpa Anwar Ibrahim selama ini adalah berpunca daripada UMNO/BN dan para pemimpimnya - sudah tidak boleh diterima secara semborono sahaja.

Nasharudin adalah generasi baru PAS yang lebih berpaksi kepada rasionaliti - tidak mahu tergesa-gesa menyokong mahu pun membuat keputusan dalam isu video seks Anwar Ibrahim. Beliau lebih selesa tunggu dan lihat dahulu laporan daripada pihak polis, dan kemudian barulah menetapkan pendirian. Sudah tiba masanya Mat Sabu dinyahkan daripada PAS - beliau tiada pendirian, bahkan beliau mudah lupa siapakah manusia yang mula-mula membongkar kes salah laku seks yang membabitkan Anwar Ibrahim dan didedahkan kepada khlayak ramai. Menyokong dan mengundi Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS - umpama membakar tiang seri parti tersebut, apa tidaknya, tiang seri PAS selama ini adalah berpaksikan kepada tag line "Kepimpinan Ulama" - dan memenangkan Mat Sabu adalah sama dengan meruntuhkan kepimpinan ulama yang sedia ada. Fikir-fikirkan. Wallahualam. Takbir! Hidup Nasharudin Mat Isa.

May 14, 2011

Isu Jilat Kaki : Jangan Lupa Jilat Kaki Mahathir dan Ahli UMNO Terlebih Dahulu!

Fatwa terbaru Nik Aziz yang berbunyi, “Orang yang terbabit dalam komplot video berkenaan akan teruk nanti, selagi tak jilat kaki Anwar atas dunia ni, tak boleh masuk syurga dan ini sudah sah (tak masuk syurga). Hanya Allah saja yang dapat mengampunkan dosa mereka,” kata Menteri Besar Kelantan di Kota Baru, dipetik Berita Harian Online hari ini. Walaupun orang itu menteri ke, tindakan berkenaan (mengaibkan itu) tetap tidak boleh. Malah kini televisyen dan Internet sudah menayangkan (video seks) ke seluruh dunia, pihak berkenaan akan menerima bahana nanti,”. Baca di sini.

Nampaknya Nik Aziz terlupa, banyak lagi kaki yang perlu dijilat oleh beliau dan Anwar Ibrahim sebelum melangkah masuk ke syurga. Antara kaki yang perlu dijilat oleh Nik Aziz ialah kaki Mahathir, kaki Najib, kaki Rosmah dan yang paling teruk ialah, Nik Aziz terpaksa menjilat semua kaki ahli UMNO yang telah beliau kafirkan selama ini. Bersediakah Nik Aziz untuk menjilat kaki-kaki kami semua? Demi Allah, saya sebagai ahli UMNO tidak akan mengampunkan dosa Nik Aziz yang selama ini melabelkan kami sebagai golongan menolak Islam, golongan sesat dan golongan yang tidak beriman kepada Allah - ini merupakan sebesar-besar fitnah Nik Aziz terhadap UMNO dan kerajaan.

Sewaktu fitnah terhadap Tun Mahathir, di manakah Nik Aziz? Tatkala Najib dan Rosmah difitnah membunuh Altantuya, di manakah Nik Aziz? Tatkala Rais Yatim difitnah merogol amahnya, ke mana Nik Aziz menghilang? Kalau fitnah dilemparkan oleh Anwar terhadap pemimpin UMNO, Nik Aziz halalkan, tetapi apabila terkena batang hidung Anwar Ibrahim - bersembur fatwa karut dari mulut Nik Aziz. Semoga Allah mengampunkan dosa beliau. Ingat, dosa para pemimpin PAS terhadap ahli-ahli UMNO yang dikafirkannya adalah jauh lebih besar daripada apa-apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim selama ini. Nik Aziz jangan fikir kononnya beliau akan masuk syurga dengan mudah kerana membela Anwar Ibrahim, dosa menuduh ahli-ahli UMNO sesat dan kafir sudah cukup digambarkan di bawah ini :

1. "Tok Ayah Pin dicap sesat. Habis kenapa Umno tidak sesat? Sama-sama tidak kenal agama belaka. Al-Arqam sesat kerana apa? Salah akidahnya. Ayah Pin sesat, kenapa? Salah akidahnya."Umno kenapa tidak sesat lagi? Salah juga akidah. Tolak Islam, ambil (fahaman) kebangsaan. Tak usah kata kami terima Islam, kami terima Islam. Tak payah cakap banyak, aku reti juga," - Nik Aziz Nik Mat sewaktu berceramah di Chuchoh Puteri, Manek Urai, Malaysiakini 8 Julai 2009.

2. "Umno, dia tolak Islam automatik dia tolak roh, bila dia tolak Islam, Nabi Muhammad pun dia tolak, al-Quran pun dia tolak, Allah Taala pun dia tolak," - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Ijtima’ Tarbawi Dewan Pemuda PAS Pusat di Masjid Rusila, Harakahdaily, 3 Oktober 2010.

3. "Perjuangan UMNO sebenarnya amat dhalalah (sesat-sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama" - Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily, 8 Mac 2010.

4. "Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana. Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman." – Nik Aziz Nik Mat, Harakahdaily 30 Jun 2009.

5. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

6. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

7. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

8. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Soalnya sekarang bagaimanakah nasib Nik Aziz sekiranya benarnya lelaki di dalam video seks tersebut ialah Anwar Ibrahim? Apakah hukumnya membela pelaku maksiat? Apakah kita lupa bahawa "Dosa Membela Orang Yang Melakukan Maksiat adalah Sama Seperti Mana Dosa Pelaku Maksiat Itu Sendiri". Kepada ahli-ahli PAS dan PKR, saya ingatkan, agar jangan lupa tuan-tuan menjilat kaki Mahathir sebelum masuk ke syurga. Dengan kata mudah, Nik Aziz diminta terlebih dahulu menyelesaikan segala dosanya dengan ahli-ahli UMNO, sebelum sibuk mempertahankan Anwar Ibrahim.

Nik Aziz juga harus ingat manusia yang mula-mula "membuat fitnah" terhadap Anwar ialah PAS sendiri - melalui lidah Mohd Sabu. Sekarang fitnah ini kembali kepada mereka sendiri. Nik Aziz harus bertanya siapakah yang memberi gelaran Anwar al-Juburi dan mendedahkan kes salah laku seks Anwar Ibrahim kepada umum? Bukankah Mat Sabu? Jadi, sekarang Nik Aziz akan tahu siapakah orang pertama yang akan menjilat kaki Anwar Ibrahim, tak lain tak bukan ialah Mat Sabu - ahli PAS sendiri! Wallahualam.

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah :

1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tidak diizinkan untuk mengembang dan memperluaskan agama mereka terhadap penganut Islam.

2. Dedahkan statistik berapa ramaikan penganut Kristian di Malaysia dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini? Dan berapa ramai pula orang Melayu yang sudah memeluk agama Kristian? Pada tahun 1994 pemeluk Kristian sudah mencapai 7% daripada jumlah penduduk Malaysia, dan bagaimana pula pada tahun ini? Iaitu selepas 16 tahun daripada tahun 1994. Sekiranya penganut agama Kristian bertambah secara mendadak - maka kita boleh mengesyaki, mungkin terdapat usaha dahwah yang gigih dalam mengembangkan agama Kristian di negara ini.

3. Kita juga mahu mengetahui sumber kewangan organisasi Kristian di Malaysia, dari manakah mereka memperolehnya?

4. Bagaimana kegiatan dakwah yang mereka lakukan di negara ini?

5. Bagaimana peranan organisasi Kristian dalam menyuarakan pandangan mereka? Kita harus tidak lupa organisasi Kristian di Malaysia sangat lantang bersuara, khususnya kritikan mereka terhadap dasar Islamisasi kerajaan dan peranan mereka dalam penubuhan Majlis Perundingan Agama-Agama pada tahun 1983.

Dalam ruang terbatas ini, saya menyeru agar berita yang dilaporkan oleh "Bigdog" dan Utusan Malaysia dilihat dari aspek yang lebih menyeluruh dan bukan menurut emosi semata-mata. Oleh kerana kejahilan kita terdapat gerakan Kristianisasi di negara ini, maka kita menganggap laporan Utusan Malaysia itu penuh dengan hasutan dan kebencian, padahalnya atas kejahilan kita berkenaan organiasi Kristian di Malaysia, maka kita menghukum Utusan Malaysia tanpa usul periksa. Sejauh manakah pengetahuan kita terhadap gerakan Kristian di Malaysia? Jika kita tidak tahu kita harus mengkaji terlebih dahulu.

Saya mengesyorkan agar para pembaca blog saya membaca buku tulisan Ghazali Basri berjudul : KRISTIANISASI SEBAGAI SEBUAH GERAKAN, terbitan Budaya Ilmu Sdn. Bhd, tahun 1994. Sebuah buku kajian yang lengkap tentang perkembangan agama Kristian di Malaysia.

Dalam satu tulisannya, beliau menulis, "Iklim yang terdapat di negara ini, khususnya di Sabah (Kristian 30%, Islam 55%) dan Sarawak (Kristian 34%, Islam 26%) dan jumlah peratusan yang masih besar dalam kalangan bukan Islam di Semenanjung Malaysia sudah pasti memberi galakan yang lebih memberangsangkan bagi pengembang Kristian. Contohnya, dalam deklarasi yang pernah dibuat oleh 14 Mazhab di upacara pelancaran the DAWN (Discipling A Whole Naiton) pada tahun 1992, mereka berazam untuk membina 4, 000 bangunan gereja baharu, 200 tempat upacara kebaktian dalam bahasa Melayu dapat dipastikan wujud, untuk mendapatkan 100, 000 rakan baharu dalam kebaktian Kristian di Malaysia. Gambaran ini adalah antara pengakuan (pledgeds) yang telah dinyatakan oleh badan-badan misionari. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pada masa yang akan datang, kita akan menyaksikan kemaraan gerakan misionari yang lebih gigih, matang dan penuh dengan kebijaksanaan".

Berasaskan tulisan Ghazali Basri di atas, adalah tidak mustahil bahawa laporan daripada "Bigdog" dan Utusan Malaysia yang disiarkan beberapa hari yang lalu mempunyai signifikan yang tersendiri dan ia perlu disiasat dengan segera. Sebagai umat Islam kita memerlukan pendirian yang jelas terhadap sebarang usaha Kristianisasi yang boleh mengancam Islam di negara ini. Semoga Allah menyedarkan kita semua. Wallahualam. Baca juga laporan ini...

May 12, 2011

Ya Allah, Engkau Telah Perkenankan Solat Hajat Kami!

Ya Allah kebenaran apakah yang sedang kami tontonkan ini? Tiada keraguan lagi siapakah pemilik wajah lelaki di dalam video seks tersebut. Tiada konspirasi, tiada pembohongan - segala-galanya sudah jelas dan sangat terang. Masih adakah ulama yang mahu mempertahankan Anwar Ibrahim? Demi Allah, para pemuja Anwar Ibrahim dan para penyokong tegarnya perlu dihukum dengan seberat-berat hukuman. Hancur dan punah negara ini akibat daripada mengheret isu peribadi Anwar Ibrahim menjadi isu nasional. Sudah terlalu banyak pembohongan dan dosa Anwar terhadap UMNO dan kerajaan - dan sekarang, Allah menunjukkan bukti yang tidak mungkin mampu dinafikan oleh sesiapa pun yang melihatnya! Takbir! (Lihat video ini) - semoga hati tuan-tuan dibuka oleh Allah untuk menemui kebenaran dan keadilan. Wallahualam.

Siapakah Yang Untung Kalau Anwar Dibunuh?

1. Saya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca blog saya berkenaan sebuah artikel yang menarik untuk sama-sama kita fikirkan. Persoalan siapakah yang untung dan siapa pula yang rugi sekiranya Anwar Ibrahim dibunuh dalam waktu terdekat, memerlukan jawapan yang sangat kukuh dan konkrit demi survival politik Pakatan Rakyat pada masa hadapan. Tulisan Terrence Fernandez di dalam portal Malaysia-Instinct ini patut kita renungkan.

2. BLOG ANWAR TELAH memaparkan berita yang telah dijangkai ramai. Pemandu Anwar mengatakan yang kereta Anwar telah disabotaj dan laporan polis telah dibuat. Semua yang mengenali Anwar boleh mengagak apakah rancangan Anwar seterusnya. Dia sedang merancang sebuah drama percubaan bunuh ke atas dirinya sebagai alasan untuk melarikan diri keluar negara dan mengelak tindakan undang-undang.

3. Anwar telah pun kalah untuk kali yang entah ke berapa ratus. Dia telah hilang segala kredibiliti, air mukanya, penyokong, rakan-rakan malah mungkin juga hampir kehilangan isterinya, sepertimana yang kita dengar. Dan apa yang paling menyakitkan ialah Anwar sudah semakin hampir kehilangan kebebasan. Jadi, sebenarnya, permainan ini telah lama tamat bagi Anwar. Tetapi manusia ini degil ingin terus bermain sehingga sanggup mementaskan percubaan bunuh ke atas dirinya sendiri dengan menyalahkan kerajaan, terutamanya Najib.

4. Tetapi, siapakah yang ingin melihat Anwar mati? Apa ke jadahnya Najib ingin melihat Anwar mati? Jika Najib begitu kejam pun, apakah keperluannya menembak musuh yang telah pun rebah? Seorang yang kejam lebih suka melihat musuhnya dimalukan di mahkamah dan mereput di Sungai Buloh daripada melihatnya mati begitu saja.

5. Jika ada pun sesiapa yang ingin melihat Anwar mati, mereka mungkin terdiri dari manusia-manusia di sekelilingnya yang tidak tahan lagi diperbodohkan, dipergunakan dan disalahgunakan dek kepimpinan kukubesinya dan nafsu liarnya. Sekutu politiknya melihat dia sebagai beban kerana sering meletakkan parti dalam keadaan yang sukar. Masalahnya mereka tidak boleh menendangnya keluar kerana takut malu…dan takut kehilangan penyokongnya, tetapi mereka juga tidak sanggup lagi bertoleransi dengan nafsu binatangnya selama-lamanya. Namun, mereka tahu bahawa perkara terbaik bagi parti mereka ialah menghapuskan saja karektornya.

6. Semua orang tahu bahawa motif paling biasa dalam kes bunuh ialah wang, nafsu atau kuasa. Kerajaan Najib sudahpun berkuasa dan kuasa itu semakin kuat hari demi hari. Najib dan kerajaan tidak akan mendapat apa-apa keuntungan kewangan dari kematian Anwar pun. Dan pastinya nafsu bukanlah motif memandangkan Wan Azizah tidaklah begitu menarik berbanding Rosmah.

7. Sememangnya tidak ada sebab atau motif bagi sesiapa jua di dalam kerajaan untuk membunuh Anwar. Sebaliknya, pembangkang, keluarga Anwar dan ‘inner-circle’nya akan mendapat banyak faedah jika Anwar ditemui mati dalam masa terdekat. Keluarganya akan mewarisi harta dan wangnya dan semua penghinaan akan dapat dihentikan manakala Hadi Awang dan Kit Siang bolehlah bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri. Masalah berat yang melanda Pakatan Rakyat akan selesai dengan ketiadaan Anwar…Dan siapa tahu apakah rahsia yang dipegang oleh Anwar mengenai operasi CIA di rantau Asia. Rahsia itu juga akan selamat jika Anwar tiada lagi.

8. Justeru, jika adapun percubaan untuk membunuh Anwar, polis harus terlebih dahulu menyiasat mereka-mereka ini. Dan bermula hari ini, mungkin Anwar perlu sering melihat ke belakang untuk memastikan tangan yang menepuk belakangnya untuk menenangkannya itu tidak turut memegang.

May 11, 2011

Konspirasi Bunuh : Anwar Diminta Buat Skrip Lebih Baharu!

Plot drama terbaru Anwar Ibrahim sudah bermula. Kisahnya sama, cuma cara sahaja yang berbeza. Jika dahulu beliau menuduh kononnya terdapat konspirasi untuk membunuhnya dengan menggunakan racun arsenik, kini, lain pula kisahnya. Plot cerita tiada banyak yang berubah, iaitu terdapat konspirasi licik yang cuba membunuh "Anugerah Tuhan" ini, dan pada kali ini modus operandinya adalah dengan merosakkan sistem brek kereta yang sering dinaiki Anwar pula, (Baca di sini). Yang peliknya, setiap kali ada cubaan untuk membunuh Anwar Ibrahim - beliau pasti akan selamat, seolah-olah Anwar sudah mengetahuinya lebih awal perancangan tersebut - bahkan yang lebih menghairankan, kisah cubaan untuk membunuh Anwar sering dilakukan pada saat beliau benar-benar memerlukan simpati dan belas kasihan daripada orang ramai. Pada ketika ini - semua orang tahu, Anwar Ibrahim semakin kehilangan sokongan masyarakat, khususnya dalam kalangan orang Melayu, mahu atau pun tidak, Anwar terpaksa "mencipta" isu baharu yang boleh mengembalikan simpati masyarakat kepadanya. Maka, cara mudah untuk meraih kembali sokongan rakyat kepadanya, adalah dengan mendakwa, kononnya terdapat usaha untuk membunuhnya.

Cerita bohong lagi menipu ini rupa-rupanya masih dipercayai oleh sebahagian kecil para pemuja Anwar. Walaupun golongan ini tahu, cerita rekaan pemandu Anwar Ibrahim ini adalah sama sahaja dengan plot filem-filem aksi dari Amerika Syarikat, namun mereka tetap membutakan hati dan memekakkan telinga, kononnya ia adalah kisah benar lagi serius. Oleh sebab terlalu banyak "ulat bulu" yang bersarang di dalam otak para pemuja Anwar Ibrahim, maka segala cerita bohong dan tidak logik seperti ini ditelan bulat-bulat oleh para pemuja tegarnya. Kalau sekali pun pihak kerajaan "teringin" sangat untuk membunuh Anwar Ibrahim, tidak perlu lahpihak kerajaan bersusah payah untuk merosakkan brek kereta beliau, banyak lagi cara untuk menamatkan riwayat hidup Anwar Ibrahim. Kaedah merosakkan sistem brek kereta untuk membunuh seseorang sudah ketinggalan zaman dan tidak digunakan lagi pada zaman ini.

Malulah pihak kerajaan yang mempunyai pelbagai kelengkapan dan kepakaran, tetapi hanya mampu "menanggalkan skru brek kereta Anwar Ibrahim sahaja" untuk membunuhnya. Fikirlah menggunakan otak dan bukan kepala lutut, punyalah hebat polis dan tentera yang ada di Malaysia ini, tak akan itu cara terbaik untuk membunuh Anwar Ibrahim - bodohlah kerajaan UMNO yang serba hebat ini, kalau itu idea yang digunakan. Jadi, lain kali Anwar diminta buatlah plot filem yang lebih mencabar minda para pemujanya, jangan sampai plan "terkantoi" seperti mana terkantoinya video seks beliau. Wallahualam.

May 10, 2011

Isu Hina Najib : Di Mana Ulama Penyanjung Anwar?

Apabila Anwar Ibrahim mencela dan menghina Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran Pandi Kutty (bahasa Tamil) yang bermaksud anak babi, apakah ada mana-mana ulama yang bangkit mempertahakan maruah Perdana Menteri kita itu? Bukankah melabel saudara seIslam dengan gelaran-gelaran hina dan munafik merupakan dosa besar? Mengapa masih ramai ulama berdiam diri? Sewaktu video seks Anwar tersebar di alam maya, kecoh seluruh ulama di Malaysia kononnya Anwar diaib dan dihina, tetapi, apabila DS Najib dihina oleh Anwar, hilang entah ke mana ulama-ulama ini. Hukum hakam Islam jadi lintang pukang dipergunakan oleh ulama-ulama seperti ini. Islam bukan sahaja diperalatkan oleh PAS, bahkan tidak terkecuali dipermainkan oleh segelintir ulama bebas yang kononnya mendakwa tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Baca laporan ini..